Kod Etika Radio Amatur

Radio Amatur berjiwa Perwira

Dalam radio amatur, semasa di udara (siaran) kita akan berdisplin dalam tutur kata juga dilarang menggunakan perkataan yang boleh menyinggung pendengar. Sama sekali tidak boleh memperihal soal keagamaan, politik serta perniagaan. Bagi komunikasi jarak jauh, seorang operator secara tidak langsung bertindak sebagai duta yang memberi persepsi pelbagai dari pendengar terutama di luar negara.

Radio Amatur adalah Setia

Sebagai seorang pemegang yang berlesen, pengendali radio amatur pertu patuh dan setia pada peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa serta undang-udang negara terutama ketetapan dari badan pengendali lesen iaitu SKMM. Selain daripada itu perlu mengamalkan pengendalian yang selamat serta sesuai dan betul yang sering digunakan oleh pengamal komunikasi radio amatur.

Radio Amatur adalah Progressif

Untuk mengisi perjalanan hobi yang cukup luas ini, seorang pengamal radio amatur sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuannya berkaitan dengan radio amatur. Juga memastikan kelengkapan stesen radio amaturnya cekap, teratur dan kemas serta selamat digunakan.

Radio Amatur adalah ramah-tamah

Ketika sedang berkomunikasi, seorang operator itu perlu ramah dalam mengendalikannya dan diminta menyalurkan maklumat dengan perlahan dan sabar ketika dalam kecemasan. Anda juga perlu ramah dan sabar dalam memberikan bantuan, nasihat serta pertimbangan kepada ahli yang baru dan kurang berpengalaman.

Radio Amatur adalah berjiwa seimbang

Radio Amatur hanyalah sebuah hobi. Pastikan hobi ini tidak mempengaruhi anda dalam lalai menjalankan kewajiban kepada keluarga, pekerjaan, persekolahan dan masyarakat sekitar. Tentukan keutamaan yang paling penting dalam melaksanakan sesuatu.

Radio Amatur adalah Patrotik

Sebagai ahli radio amatur, kita perlu bersedia sebagai sukarelawan dalam melibatkan diri bagi membantu komuniti setempat dan negara terutama bagi perkara-perkara yang melibatkan komunikasi radio amatur sewaktu komunikasi utama gagal.

Editor : 9M2ESM

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *