Lawatan Pelajar Politeknik Muadzam Shah (Kelab Radio Amatur)

Pada Isnin, 8 Oktober 2018, Rumah Kelab kami telah menerima lawatan dari pelajar-pelajar Politeknik Muadzam Shah iaitu dari Kelab Radio Amatur di politeknik berkenaan. Lawatan ini menjadi satu sejarah kerana buat julung-julung kalinya menerima lawatan dari kumpulan pelajar dari Kelab Radio Amatur Politeknik Muadzam Shah berkenaan.

Lawatan seramai 40 orang pelajar berkenaan diketuai oleh pensyarahnya, 9W2KQQ Muhammad Kamal Asyraf dan program yang telah dirancangkan telah berjalan lancar. Dimulai dengan taklimat mengenai radio amatur dan mode-mode yang ada didalamnya dan perkara-perkara teknikal yang lain.lawatan bersama dengan pelajar politeknik merlimau

 

 

Program dilanjutkan lagi dengan demonstasi crossband simplex ke repeater 9M4RML dan memberikan peluang kepada pelajar untuk ber QSO dengan 9M2VBC yang berada ditempat tugasannya. Program diteruskan lagi dengan demonstasi radio HF dengan menggunakan antenna Magnetic Loop.

Seterusnya, sebagai aktiviti sampingan, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan aktiviti membuat satellite TV tracking.

Program akhirnya selesai lebih kurang jam 6 petang. Kita merakamkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada 9W2ZAG Bang Zaimi yang telah bermurah hati menyumbangkan perbelanjaan minum petang lawatan tersebut. Terima kasih banyak kepada bang Zaimi.

Selain dari itu, rakan-rakan Melaka yang sempat meluangkan masa berharga mereka ialah 9W2FRP, 9W2USM, 9M2ESM, 9M2VBC, 9W2VMC, 9W2SFF, 9W2AHZ, 9W2MWZ dan 9W2XHY. Terima kasih kepada rakan-rakan yang meluangkan masa.

Print Friendly, PDF & Email

One Comment:

  1. AZRUL SHAM BIN ADAM

    Teebaik pak romzi dan rakan2 semoga anak3 politeknik akan terus bersemangat utk mendalami ilmu Ham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *