JOTA JOTI 2018

Sebahagian daripada rakan-rakan radio amatur Melaka akan terlibat dalam membantu stesyen JOTA Pengakap Laut Daerah Masjid Tanah (special callsign 9M4SJH) yang akan dianjurkan pada 19 hingga 21 Oktober 2018 bertempat di Kem Pengakap Pengkalan Balak.

Penglibatan ini adalah sebagai menyokong Jamboree On The Air (JOTA) sedunia ke 61 tahun dan Jamboree On The Internet (JOTI)  ke 22 tahun yang dianjurkan diseluruh dunia pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun. Sila baca website ini untuk maklumat lanjut.

Rakan yang terlibat secara khusus ialah Station Master – 9M2VBC, Station Manager – 9W2SFF dan Log Manager – 9W2FRP serta elmer dan penasihat kami 9W2USM. Rakan-rakan lain yang berkelapangan sangat-sangat digalakkan untuk bersama menyertai aktiviti tersebut sebagai tanda sokongan anda.

Antara aktiviti menarik yang telah dirancangkan ialah membuat CQ di 20 meter band dan 40 meter band dan akan menguji cuba antenna 20 meter band homebrew yagi dengan matlamat utama mendapatkan stesyen yang paling jauh. Sila monitor callsign kami bermula 19 Oktober malam hinggalah 21 Oktober pagi. Setiap log akan direkodkan dan akan dikemaskinikan di page qrz.com dan rakan-rakan yang membuat confirmation terhadap log berkenaan akan dikirimkan QSL Card.

Mudah-mudahan aktiviti ini akan lebih menyemarakkan lagi aktiviti radio di negeri Melaka khususnya dan memberikan tunjuk ajar, panduan dan pengalaman kepada anak-anak kita terhadap komunikasi di radio amatur. Kita akan menitik beratkan hand-ons teaching untuk membolehkan pemimpin dan Kelana Komunikasi akan dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap dimasa akan datang. Jumpa disana nanti.

 

 

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *