Panduan SSTV

Mari Belajar SSTV

Ramai yang bertanya apa itu SSTV. Dengan mudahnya boleh bertanya dengan Datuk Google dan anda akan menemui jawapannya iaitu ringkasan kepada Slow Scan television (SSTV).

Mengapa perlu SSTV?

Anda sebagai pengamal radio amatur yang berilmu yang sewajarnya gemar bereksperimen, semasa bencana alam atau apa-apa kecelakaan, dimana komunikasi komersial terutamanya internet tidak berfungsi dan anda dalam situasi yang sangat perlu dan genting untuk menghantar gambar foto ke dunia luar.  Inilah perisian yang paling mudah yang hanya mempergunakan android dan siap sedia digunakan. Selain itu, anda juga boleh mempergunakan perisian SSTV untuk PC dan dengan mudahnya boleh dimuat turun dari internet. Hanya cari saja perisiannya yang bersesuaian dengan operating system PC anda.

Baik, saya akan berkongsi dan memberi panduan untuk install perisian SSTV yang menggunakan android. Oleh kerana begitu ramai yang nak cari yang percuma, sebenarnya ada trick nya yang begitu mudah. Namun sangat digalakkan untuk anda membelinya melalui PlayStore dan taklah terlalu mahal harganya.

Imej 1. Dengan menggunakan browser di android anda, sila layari www.blackmart.us Imej 2. Sila berwaspada kerana website ini terlalu banyak iklannya. Tentukan anda tidak tersilap tekan. Cari link untuk Download Blackmart. Setelah siap memuat turun apk nya, sila install apk tersebut di android anda.
Imej 3. Setelah blackmart siap di install, sila buat carian droidsstv. Setelah ditemui sila tekan untuk memulakan proses installation. Imej 4. Setelah itu tekan Install untuk memulakan prosesnya.
Imej 5. Sila pilih version yang terkini Imej 6. Setelah siap icon DroidSSTV akan kelihatan.
Imej 7. Seterusnya klik button More untuk membuat setting Imej 8. Gerak ke bawah dan ke TX Setting
Imej 9. Isikan callsign anda Imej 10. Buat pilihan kualiti untuk memancar sama ada Scottie atau Martin. Seterusnya tekan long click (tekan agak lama) untuk memilih imej.
Imej 11. Buat pilihan dengan drag kotak di atas untuk memilih imej yang sesuai. Seterusnya tekan Select Imej 12. Sekali lagi tentukan format Scottie atau Martin dan tekan TX
Cara menggunakannya sangat mudah iaitu:

1. Anda mesti berpasangan, dengan menggunakan Handy Talkie (HT), anda tekan TX di android SSTV dan bunyi seperti burung berkicauan akan kedengaran. Dekatkan saja HP ke mic HT anda, tanpa perlu menyambungkan apa-apa kabel.

2. Dalam masa yang sama, tekan PTT di HT anda. Bermakna anda sedang memancar dan pasangan anda sedang RX (receive). Begitulah sebaliknya jika anda receive dan pasangan anda memancar.. Sekiranya anda ada radio HF untuk pancaran yang lebih jauh, itu lebih baik.

3. Untuk tujuan menguji, boleh dicuba tanpa menggunakan radio terlebih dahulu. Hanya memandai dua biji android, satu TX dan satu lagi RX. Itu saja.

Untuk mereka yang lebih pakar dan advance, boleh menggunakan kabel dan interface yang disambungkan antara android dan radio untuk mendapatkan kualiti pancaran dan penerimaan yang lebih optimum. Begitulah penerangannya. Mudah-mudahan panduan ini akan membolehkan anda mencuba dan meneroka perisian ini di android anda. Selamat mencuba. Terima kasih.

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *