Ketahui APRS, Teknologi dan Kelebihannya

Mungkin ramai yang tidak mengetahui aprs dan apakah kegunaannya di radio amatur. Ia adalah singkatan kepada Automatic Packet Reporting System yang telah dibangunkan oleh Bob Bruninga, call sign WB4APR, seorang Senior research engineer di United States Naval Academy. Website aprs yang beliau kendalikan masih aktif. Ringkasan APRS itu juga diambil dari call sign beliau. Silalah buat pembacaan untuk maklumat yang lebih terperinci.

 

Konsep asas yang perlu diketahui dan difahami dalam aprs  seperti dibawah:

aprs tracker –> aprs digipeater –> aprs i-gate –> aprs server

aprs berdasarkan RF. Penerangan ringkas

aprs tracker. Alat yang tersambung ke radio yang akan memancarkan paket-paket maklumat menggunakan Radio Frequensi seperti lokasi anda dari masa ke semasa ke digitpeater. Biasanya dipasang di kenderaan atau anda bawa bersama diri anda.

aprs digipeater. Alat yang tersambung ke radio yang di

Bob Bruninga, aprs founder

letakkan di tempat yang tinggi di bukit atau di gunung atau bangunan tinggi. Tujuannya untuk menerima paket yang dihantar oleh tracker dan seterusnya dipancar ulang ke i-gate.

aprs i-gate. Alat yang tersambung ke radio dan tersambung juga ke internet yang akan menerima paket dari digitpeater dan menghantar maklumat itu ke aprs server.

aprs server. Adalah komputer server yang tersambung ke internet dan akan menerima apa-apa paket dari i-gate atau peralatan lain yang tersambung terus ke internet dan seterusnya menghantar maklumat ke server utama.

Berdasarkan kepada setting tertentu, aprs i-gate juga boleh menerima terus paket dari aprs tracker. Sila buat pembacaan dengan membuat carian di google atau wikipedia untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Logo aprsdroid

aprs tanpa menggunakan Radio Frequensi.

Dengan menggunakan android anda, antara perisian yang popular ialah aprsdroid. Perisian open source ini telah dibangunkan oleh Georg Lukas, callsign DO1GL dari German. Dalam websitenya menyatakan walaupun perisian ini percuma, namun digalakkan untuk tuan-tuan membelinya dari Play Store sebagai tanda penghargaan dan sumbangan kepada beliau. Perisian boleh dimuat turun di sini dan pilihlah versi yang terkini.

Kelebihan / Kekurangan

Jelas dinyatakan di atas bahawa aprs boleh bekerja menggunakan Radio Frequensi dan tanpa menggunakan Radio Frequensi. Nyata kedua-duanya ini mempunyai kelebihan dan kekurangan dan menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan penggemarnya.

android sebagai aprs tracker tersambuang ke radio. Foto diambil dari http://www.truehamfashion.com/2016/08/aprs-tracking-on-cheap.html

Secara dasarnya, pengamal radio amatur pasti akan meneroka aprs yang menggunakan Radio Frequensi dengan membeli pelbagai jenis device yang boleh dijadikan tracker, digipeater dan i-gate dan banyak jenama yang dijual dipasaran. Namun antara yang popular yang terkenal dengan kualiti, kestabilan dan sensitivitinya ialah produk dari Argent Data. Sekiranya anda mementingkan kualiti pasti harga tidak menjadi persoalan. Disinilah pengguna ‘pure RF’ akan menggunakan segala kebijaksanaan mereka meneroka dan mempelajari segala pilihan yang ada. Handphone Android juga boleh disambungkan ke Radio dan berfungsi sebagai tracker. Kelebihannya ialah, dengan adanya digitpeater dan i-gate dibelakang tabir, tracker akan dapat bekerja selagi paket-paket RF nya berjaya diterima oleh digitpeater tanpa memerlukan internet. Hal ini sangat mustahak dalam keadaan kecemasan atau bencana alam umpamanya, pusat kawalan dengan mudahnya mengawasi lokasi pasukan penyelamat atau pasukan bantuan, dimana mereka berada. Bertambah efektif apabila mobile digipeater diadakan dikawasan berkenaan.

antara server lokalan yang terhampir

Namun, menggunakan android tanpa RF juga sebenarnya tidak menjadi kesalahan, Yang jelasnya, sepenuhnya menggunakan internet dan secara terus tersambung ke server dan tidak memerlukan digipeater atau i-gate. Kelemahannya, sekiranya tanpa internet ianya tidak akan berfungsi apa-apa. Kelebihannya ialah sekiranya dalam keadaan tertentu tiada coverage dari digipeater atau radio anda bermasalah dan dikawasan tersebut ada liputan internet, maka ianya juga boleh dipergunakan untuk memberitahu dimana lokasi anda kepada pihak yang berkenaan dan ini menjadi satu alternatif yang baik.

Satu lagi yang menarik ialah apabila anda ke luar negara dimana dalam situasi demikian anda tidak ada kebenaran memancar menggunakan RF di negara orang dan tiada sebarang radio, ini adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya ada kebenaran sekalipun dan anda ada radio, belum tentu di tempat mereka ada digipeater dan i-gate yang diusahakan oleh aktivis-aktivis aprs.

screen capture aprs.fi

Bagaimana mendapatkan jejak aprs

Antara laman web yang popular menjadi rujukan ialah https://aprs.fi/ dimana anda perlu mendaftarkan callsign anda disitu. Satu lagi ialah https://www.aprsdirect.com juga boleh menjadi rujukan

Kesimpulan

Itulah yang sempat penulis berkongsi tentang konsepnya secara ringkas sebagai pendedahan asas sahaja. Secara terperincinya pembaca perlu merujuk kepada sumber bahan bacaan yang terlalu banyak di internet. Namun penulis berusaha untuk memberikan kefahaman seringkas yang boleh di dalam bahasa Melayu agar mudah difahami. Akan datang, penulis akan menambah artikel bagaimana membuat setting aplikasi aprsdroid di android anda. Namun sebenarnya banyak panduannya jika rajin mencari di google atau youtube.

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *