APRSdroid – Bagaimana menggunakannya

Sekiranya anda masih belum membaca artikel tentang APRS sebelum ini, silalah membacanya terlebih dahulu kerana artikel ini adalah kesinambungan dari yang sebelumnya.

Seperti yang telah dituliskan sebelum ini dan setelah diceritakan tentang konsep secara umum, kita cuba mempelajari cara setting aplikasi android untuk APRS yang dipanggil APRSdroid. Setelah anda membelinya dari playstore (sebagai sumbangan dan tanda penghargaan kepada pembuat perisian tersebut) atau memuat turun dari website nya dan install, perlu dipelajari setting nya yang sangat mudah.

Langkah yang pertama ialah anda perlu mendapatkan passcode untuk callsign anda. Cara yang cepat ialah dengan melayari website ini atau website ini dan isikan callsign anda dan klik Generate Passcode / Get Passcode dan catat, ingat nombor passcode nya.

Setelah itu buka aplikasi APRSdroid yang telah anda install.

Seterusnya isikan callsign anda dan passcode dibawahnya.

Warning: This software may only be used by licensed amateur radio operators. Amaran: Perisian ini hanya digunakan untuk operator radio amatur berlesen. Sekiranya anda bukan rakan radio amatur, dilarang untuk menggunakan perisian ini. Anda boleh dilaporkan ke SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Seterusnya tekan tiga titik menegak di sudut kanan atas dan pergi ke Preferences.
Gambar di atas menunjukkan setting yang perlu anda buat. Yang pertama perlu dilihat ialah Connection Preferences.
Semak APRS-IS Passcode, sekiranya sudah betul, terus ke Server.
Untuk server, isikan server yang telah dibuat oleh rakan amatur kita. Taipkan seperti diatas. Pilihan server yang ada ialah:

aprs.marl.org.my
aprsmelaka.org.my
aprs.eqsodigital.net
jasra.name.my
aprs.my

Perlu kita mengubah ke server yang dinyatakan diatas kerana server tersebut berdekatan dengan kita dan proses update lokasi anda di server utama akan lebih cepat berbanding setting asal yang menggunakan server yang lebih jauh lokasinya.

Seterusnya kembali ke Preferences, pilih SSID. Bergantung kepada penggunaan anda, sekiranya hanya android tanpa disambung ke radio, pilihlah no 10.
APRS Symbol. Anda boleh memilih simbol apa yang digunakan. Samada anda menaiki kenderaan apa, berjalan kaki dan sebagainya bergantung kepada situasi semasa.
Voice Freqeuncy. Boleh diisikan anda berada di freq mana di radio, sama ada simplex dari V16 hingga V69 atau repeater. Sekiranya tiada radio, kosongkan sahaja.
Comment Field. Isikan sahaja nombor telefon anda sekiranya anda mahu dihubungi melalui telefon, atau alamat blog anda atau apa-apa saja pesanan kepada rakan yang akan monitor pergerakan anda di aprs.
Seterusnya tekan back dan jangan lupa tekan Start Tracking.
Pilihan untuk melihat lokasi anda dan rakan-rakan di peta dalam perisian ini.

Begitulah panduan bergambar yang bertujuan untuk memudahkan rakan-rakan menggunakan perisian percuma ini. Sangat penting untuk anda meneroka dan mencubanya demi untuk pengetahuan dalam salah satu mode radio amatur. Silalah teroka menu-menu yang ada satu persatu untuk dicuba, yang ditunjukkan adalah yang penting sahaja dan sudah boleh berfungsi.

Sekiranya anda mahu mempelajari menyambungkan android anda ke radio, sila baca panduannya disini untuk mereka yang suka meneroka dan mempelajari.

 

https://aprs.fi

Bagaimana untuk memantau lokasi anda sendiri atau rakan-rakan?

Dengan mudahnya anda boleh melayari https://aprs.fi untuk paparan yang lebih lengkap, tentukan anda mendaftar dulu di website berkenaan. Alternatifnya, https://www.aprsdirect.com juga boleh dipergunakan. Silalah mencuba. Terima kasih. Pembelajaran sepanjang hayat, jika bukan kita siapa lagi. 73

https://www.aprsdirect.com/

Panduan dari Youtube
Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *