Mesyuarat Agung Jebat DX Club Kali Pertama 26 Okt 2018

Selesai sudah mesyuarat agung Jebat DX Club buat kali pertama diadakan pada 26 Oktober 2018 yang dilaksanakan di rumah kelab. Aktiviti ini bertujuan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Tetap untuk 2018-2020 dan dihadiri oleh rakan-rakan radio amatur Melaka yang sangat berkomitmen memberikan kerjasama dan bantuan terhadap hasrat dan cita-cita murni ini.

Walaupun keadaan rumah kelab yang sangat serba kekurangan kerana ketidak cukupan dana, namun kekurangan ini akan dijadikan perangsang untuk mengusahakan perolehan dana dari mana-mana pihak yang menyokong aktivi radio dikalangan penggemar alat komunikasi radio.

Walaupun hujan lebat, mesyuarat telah berjaya dianjurkan dan ahli jawatankuasa baru yang telah dipilih diharapkan akan memberikan sepenuh komitmen dan tanggung jawab yang telah diamanahkan demi kemajuan aktiviti dan perancangan pembangunan rumah kelab dan melengkapkan peralatannya.

Tahniah kepada AJK yang telah dilantik dan pemilihan yang akan datang akan dilaksanakan pada Mesyuarat Agung Ketiga nanti pada tahun 2020.

 

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *