About Us

JEBAT DX CLUB 

(PPM-009-04-01102018)

WELCOME

Picture taken from internet. Unknown source.

English

Dear visitors,

This website is for Jebat DX Club, we’re located at Melaka or Malacca, Peninsular Malaysia or West of Malaysia. We’re amateur / ham radio members, we’re licenced amateur radio operators by Malaysian Communications and Multimedia Commission. We like to explore and learn lots of thing in this amateur radio world. We’re professional in our own experties, but we still amateur in radio communication, the radio itself, the antenna, the propagation, the technology and lots of it we never knew. Our knowlege just only a drop water in the ocean. We still newly registered club with Malaysia Registry of Societies, and our members are consist of young , middle age and old / elmers, we would like to get together, to establish friendship around the globe.

Melaka or Malacca, is one of the state in Peninsular Malaysia, West Malaysia. You can read about Melaka as the wikipedia link provided. Hang Jebat is was the closest companion of the legendary Malaccan hero, Hang Tuah. We’re proud to introduce our historical state to the world, please visit and see it by your own eyes.

This a few paragraph of explaination in English is to introduces ourselves, who we’re and what we’re doing. The other information mainly in Malay language, our mother tounge language. We would like to share what ever information about amateur radio here, the technology, the theory and lots of story about it.

Please feel free to Contact Us, if you have anything in doubt, to ask us, to acquire our assistance and so on, further more we’ll be very grateful if you want to visit us during your vacation to Malaysia. Thank you.

Malay

Selamat datang ke laman web Kelab DX Jebat (Jebat DX Club). Kelab ini ditubuhkan hasil dari hasrat rakan-rakan radio amatur khususnya di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya yang berhampiran untuk bergiat aktif di dalam pancaran jarak jauh Radio Frequensi, atau lebih dikenali dengan istilah DX menggunakan radio High Frequency (HF) dalam pelbagai band yang dibenarkan dalam radio amatur berdasarkan undang-undang negara.

Kelab ini dengan rasminya didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Melaka pada 1 Oktober 2018, setelah mendapat mandat dari rakan-rakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang diadakan pada 29 September 2018. Nama Jebat dipilih berdasarkan sinonimnya nama itu dengan Negeri Melaka, iaitu Hang Jebat, pahlawan lagenda dari Negeri Melaka. Kelab ini beroperasi di rumah kelab, Bemban, Melaka.

Maksud dan Pengertian

Picture taken from internet. Unknown source.

Jebat adalah mengambil nama pahlawan lagenda negeri Melaka iaitu Hang Jebat. DX bermaksud komunikasi jarak jauh iaitu menerima dan menghantar pancaran signal radio dan mengenalpasti identiti stesyen yang berkenaan.

Matlamat Kelab

1. Merapatkan perhubungan dan menambahkan persefahaman ahli di kalangan peminat radio amatur tempatan yang melibatkan semua lapisan masyarakat melalui kegiatan memancar di jaluran radio perhubungan frekuensi tinggi bagi jarak jauh.

2. Mencuba, ujikaji teknikal semua mode dalam radio amatur.

3. Mempergiatkan dan menambahkan minat memancar di jaluran perhubungan frekuensi tinggi jarak jauh dikalangan ahli-ahli kelab radio.

4. Menjalankan kegiatan-kegiatan dan rancangan-rancangan yang difikirkan perlu untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama ahli-ahli, orang perseorangan, persatuan/ kelab, komuniti, badan-badan yang berdaftar atau sebagainya dari segi kewangan dan moral dengan syarat mendapat kelulusan atau permohonan kolaboratif daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.

5. Merapatkan perhubungan dan persefahaman dengan persatuan/kelab/perseorangan yang lain melalui kegiatan-kegiatan memancar di jaluran radio perhubungan frekuensi tinggi jarak jauh dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

6. Membantu perhubungan radio komunikasi agensi-agensi kerajaan ketika bencana dan kecemasan sekiranya diperlukan dan menimbangkan bantuan kebajikan/lawatan kebajikan kepada ahli-ahli yang mendapat musibah, kemalangan atau sakit.

Laman Web ini akan ditambah menunya dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat yang sebanyak mungkin. Sila layari laman ini dari masa ke semasa.

Print Friendly, PDF & Email

Comments are closed.